Dalam kelas kami ada seseorang yg kami gelar 'atuk' ketika itu..
Pada petang jumaat, 1/7/2011 aku, atuk dan beberapa orang kawan lain berada di dalam kelas untuk mengambil meja..Orang lain semua sedang menghias gerai untuk hari usahawan. Atuk kata dia pandai baca mentera panggil hantu..So, atuk pun mula terkumat-kamit membaca mentera untuk memanggil hantu.. Kami semua marah atuk..tapi, atuk tetap dengan pendiriannya. Dia menunjukkan kemahirannya dengan menggenggam kedua dua belah tangan dan meletakkan di bawah dagu sambil matanya terbeliak ke atas. Bulu roma kami mula berdiri . Salah seorang dari kami menjerit dan berlari keluar kelas..Aku pun apa lagi, cabutlah..Lepastu,beberapa kawan kami pun turut serta berlari keluar dari kelas.
Beberapa minit kemudian, kami pun patah balik kerana tugas mengambil meja belum selesai.. Setelah kami sampai semula di dalam kelas,ada sesuatu yang sangat luar biasa berlaku. Kelas bersepah, kerusi meja terbalik, kertas2 bertaburan. Kami dengar bunyi2 yang menyeramkan tak tau dari mana arah datangnya.. Nak tau cerita selanjutnya?? tunggu next episode..
Saturday, 2 July 2011
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri !!! ( episod 2 )
Ini sambungan dari cerita hari tu..
Setelah dia mengaku dia yang ambil kertas tu,aku pun minta dia memulangkan kertas tersebut. Dia kata dia dah bakar..aku tarik nafas dalam2,geramnya..rasa mcm nak bakar je hidup2.sakit mental apa budak ni?! aku rasa dia patut pergi jumpa cikgu kaunseling ! Seingat aku,aku takde pun buat apa2 salah kat dia. Tapi kenapa dia buat macam ni? apa motif dia? heshh,pelik2.
nk tau sape orangnya? Oh..tak boleh lah cakap kat sini. Walaupun dia dah aniaya aku, aku takkan malukan dia..
Tak baik malukan orang di khalayak ramai..aku bukan jenis orang macam tu...
Subscribe to:
Comments (Atom)