Saturday, 2 July 2011

Kisah SERAM di kelas 1 Arif...

  Dalam kelas kami ada seseorang yg kami gelar 'atuk' ketika itu..


     Pada petang jumaat, 1/7/2011 aku, atuk dan beberapa orang kawan lain berada di dalam kelas untuk mengambil meja..Orang lain semua sedang menghias gerai untuk hari usahawan. Atuk kata dia pandai baca mentera panggil hantu..So, atuk pun mula terkumat-kamit membaca mentera untuk memanggil hantu.. Kami semua marah atuk..tapi, atuk tetap dengan pendiriannya. Dia menunjukkan kemahirannya dengan menggenggam kedua dua belah tangan dan meletakkan di bawah dagu sambil matanya terbeliak ke atas. Bulu roma kami mula berdiri . Salah seorang dari kami menjerit dan berlari keluar kelas..Aku pun apa lagi, cabutlah..Lepastu,beberapa kawan kami pun turut serta berlari keluar dari kelas.

   Beberapa minit kemudian, kami pun patah balik kerana tugas mengambil meja belum selesai.. Setelah kami sampai semula di dalam kelas,ada sesuatu yang sangat luar biasa berlaku. Kelas bersepah, kerusi meja terbalik, kertas2 bertaburan. Kami dengar bunyi2 yang menyeramkan tak tau dari mana arah datangnya.. Nak tau cerita selanjutnya?? tunggu next episode..

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri !!! ( episod 2 )


Ini sambungan dari cerita hari tu..

   Setelah dia mengaku dia yang ambil kertas tu,aku pun minta dia memulangkan kertas tersebut. Dia kata dia dah bakar..aku tarik nafas dalam2,geramnya..rasa mcm nak bakar je hidup2.sakit mental apa budak ni?! aku rasa dia patut pergi jumpa cikgu kaunseling ! Seingat aku,aku takde pun buat apa2 salah kat dia. Tapi kenapa dia buat macam ni? apa motif dia? heshh,pelik2.

nk tau sape orangnya? Oh..tak boleh lah cakap kat sini. Walaupun dia dah aniaya aku, aku takkan malukan dia..
Tak baik malukan orang di khalayak ramai..aku bukan jenis orang macam tu...

Sunday, 26 June 2011

BERUK paling cantik di dunia !!

   Ini kisah aku masa darjah 4. Pada satu hari,aku dapat surat daripada seorang rakan sekelas lelaki. Aku ingatkan surat cinta, tapi bila aku buka surat tu alangkah terkejutnya aku. Antara kandungannya berbunyi begini  " Aku suka tengok muka kau sebab muka kau macam BERUK " . Aku terguris . Aku pun mencampakkan kertas tersebut ke arahnya. Aku tahulah aku tak cantik , tapi jangan hina aku macam tu...

   Sebulan kemudian, aku terima surat dari dia lagi. Kali ini kandungannya adalah lagu Aliff Aziz- Sayang sayang sayang. Aku rasa sangat menyampah dan geli..Aku pun mengoyakkan kertas tersebut lalu membuangnya di dalam bakul sampah di hadapannya. Dari riak wajahnya, dia kelihatan tersentap . Beberapa tahun kemudian...

   Aku dan dia sekelas lagi..Dia duduk di row sebelah, betul2 bersebelahan aku.Dia asyik memandang ke arahku. Lalu dia berkata " Aku suka tengok muka kau sebab muka kau cantik ". Aku berasa meluat dengan perangainya. Lalu aku pun menjawab "  Aku suka tengok muka kau sebab muka kau macam BERUK " . Tiba2 dia merajuk sehingga beberapa hari. Satu hari aku bertanya "Kenapa kau tak nak cakap dengan aku ? " Dia menjawab " Sebab kau kata rupa aku macam beruk ". Selepas itu aku pun berkata " Macam tu lah yang aku rasa masa kau kata rupa aku macam beruk " . Kami pun sama2 bermaaf-maafan..Tapi kali ini kami sekelas tak lama,dia tukar ke sesi pagi. Satu hari kami ada berjumpa secara kebetulan kerana sama2 membuat persembahan duet. Selepas persembahan, dia berkata sesuatu dengan perlahan.Nak tau apa dia kata? " Kaulah BERUK PALING CANTIK DI DUNIA " . Aku tak tau nak cakap apa, speechless,breathless kerana geram. Perkataan BERUK tu kena ada ke?

   MACAM NI PUNYA ORANG PUN ADA KE ???

Saturday, 25 June 2011

Satu petang di tingkat 3....SERAM...

 Pada suatu petang ada sesuatu berlaku di tingkat 3 di SMKBTP  yang aku sendiri lalui..Ikutilah kisah ini....

      Selepas rehat,cikgu x masuk kelas. Aku dan beberapa org kawanku pergi ke tingkat 3. Saja2 nak tengok sebab banyak sangat dengar cerita seram di tingkat 3 ni. Semasa kami lalu di depan tandas,tiba2 pintu tandas terbuka sendiri. Selepas itu, terdengar bunyi paip air terbuka..tetapi, gril pintu berkunci jadi dah tentu tiada sesiapa di dalam.Kami pun cabut lari.

      Pada keesokan harinya, kami pergi lagi ke kawasan tersebut kerana tak puas hati dengan kejadian semalam. Sewaktu kami melintas di depan sebuah kelas, kami nampak guru sedang mengajar dan kelas itu pula penuh dengan murid. Sedangkan pintu kelas berkunci dari luar dan padahal kawasan itu sememangnya dikosongkan.Kami pun apalagi,cabut larilah...

     Pada hari yg ketiga, kami pergi lagi ke kawasan tersebut. Kami ni memang nakal sikit..Sewaktu sedang berjalan, kami bertembung dengan 2 orang cikgu kami .. Salah seorang daripada guru tersebut menegur kami  " Jangan lalu sini.Tempat ni keras ". Salah seorang dari kami menjawab "Memanglah keras, dah batu". Lepastu kami pun turun ke bawah. Sampai di bawah kami terserempak lagi dengan cikgu yg sama di tingkat 3 tadi.Cikgu itu berkata "Apa korang buat kat sini ? tak masuk kelas ke ? " Salah seorang dari kami bertanya    " Tadi kan cikgu kat atas,macam mana boleh ada kat sini pula ? " Cikgu itu pun terkejut dan berkata " Mana ada..cikgu tak naik atas pun..kat atas tu, mana ada kelas.." Kami pun terdiam dan berlari masuk ke dalam kelas.

    Begitulah sedikit cerita di tingkat 3 ..Apa sebenarnya yang berlaku? Lu pikirlah sendiri... Ada lagi cerita di tingkat 3.Tunggu next episode..

 

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri !!!

    Satu hari tu, aku tengah menghafal untuk ujian lisan BM. Lepas tu kawan aku panggil dari belakang sebab nk pinjam buku teks Agama. Aku pun pandang belakang. Bila aku pusing depan balik, kertas yang aku tengah hafal tadi tu dah takde ! Setelah puas cari, aku pun tanya kawan2 kalau ada sesiapa yang ternampak. Tapi takde sorang pun yang mengaku. Aku bengang sangat sampai menangis. Malangnya ada pulak yang menyangka bukan2. Dia orang ingat aku menangis kerana sukakan seseorang. Ish3...tak matang betul. Kalau aku suka orang tu nak buat apa pulak aku menangis? Tak masuk akal orang yang waras...

    Berbalik pada cerita kertas hilang tadi.. lepas buat spot check, tak jumpa juga. Jangan2  kelas ni berhantu..Untuk pastikan manusia atau hantu yang ambil kertas aku tu, aku pun bersumpah, "sape curi, esok dia akan sakit perut". Apa yang berlaku pada hari esok?  Pada hari esoknya, ada yang sakit perut dan mengaku dia yang ambil kertas aku tu..rupa2nya bukan hantu. Tapi manusia yang dah kena rasuk ! Nak tau siapa? Tunggu next episode...

A white rose friend

If i were to give you a flower
A white rose you will get
For it full of meaning
And it means a lot to me

Rose is beautiful by itself
And it looks lovely and unchanging
It will always be that shape
And its colour will never fade

White represents heavenliness
Pureness and innoncence of true love

Rose,rose the white rose i will give you
Is a symbol for girlhood and one too young for love
To make you happy
To remember you and respect you in every way
My lovely white rose friend..

Friday, 24 June 2011

5'th :P

alhamdulillah..yay !! aku dpt no.5 dlm kelas..tak sangka,,ku pikir dpt nombor berapa ..tapi, rupa2nya dpt no.5..hasil usaha ku..hihihi   ;)