Saturday, 25 June 2011

Satu petang di tingkat 3....SERAM...

 Pada suatu petang ada sesuatu berlaku di tingkat 3 di SMKBTP  yang aku sendiri lalui..Ikutilah kisah ini....

      Selepas rehat,cikgu x masuk kelas. Aku dan beberapa org kawanku pergi ke tingkat 3. Saja2 nak tengok sebab banyak sangat dengar cerita seram di tingkat 3 ni. Semasa kami lalu di depan tandas,tiba2 pintu tandas terbuka sendiri. Selepas itu, terdengar bunyi paip air terbuka..tetapi, gril pintu berkunci jadi dah tentu tiada sesiapa di dalam.Kami pun cabut lari.

      Pada keesokan harinya, kami pergi lagi ke kawasan tersebut kerana tak puas hati dengan kejadian semalam. Sewaktu kami melintas di depan sebuah kelas, kami nampak guru sedang mengajar dan kelas itu pula penuh dengan murid. Sedangkan pintu kelas berkunci dari luar dan padahal kawasan itu sememangnya dikosongkan.Kami pun apalagi,cabut larilah...

     Pada hari yg ketiga, kami pergi lagi ke kawasan tersebut. Kami ni memang nakal sikit..Sewaktu sedang berjalan, kami bertembung dengan 2 orang cikgu kami .. Salah seorang daripada guru tersebut menegur kami  " Jangan lalu sini.Tempat ni keras ". Salah seorang dari kami menjawab "Memanglah keras, dah batu". Lepastu kami pun turun ke bawah. Sampai di bawah kami terserempak lagi dengan cikgu yg sama di tingkat 3 tadi.Cikgu itu berkata "Apa korang buat kat sini ? tak masuk kelas ke ? " Salah seorang dari kami bertanya    " Tadi kan cikgu kat atas,macam mana boleh ada kat sini pula ? " Cikgu itu pun terkejut dan berkata " Mana ada..cikgu tak naik atas pun..kat atas tu, mana ada kelas.." Kami pun terdiam dan berlari masuk ke dalam kelas.

    Begitulah sedikit cerita di tingkat 3 ..Apa sebenarnya yang berlaku? Lu pikirlah sendiri... Ada lagi cerita di tingkat 3.Tunggu next episode..

 

4 comments:

  1. Moral of the story :

    * Jangan nakal sangat.Jangan degil cakap org tua. Masalah jangan dicari..Pengajarannya,seorang dari kawan kami tu menangis-nangis sampai terpaku kakinya tak boleh melangkah kerana takut hinggakan seorang kawan kami terpaksa berpatah balik dan mendukungnya..

    ReplyDelete
  2. Korg ada sifat curious. Yg tu bagus. Tp benda macam ni jangan buat main2. Kena berakal, jgn ikut hati. Alhamdulillah x jd sesuatu yg lebih buruk. Jgn buat lagi

    ReplyDelete
  3. knape cari bala?

    ReplyDelete