Sunday, 26 June 2011

BERUK paling cantik di dunia !!

   Ini kisah aku masa darjah 4. Pada satu hari,aku dapat surat daripada seorang rakan sekelas lelaki. Aku ingatkan surat cinta, tapi bila aku buka surat tu alangkah terkejutnya aku. Antara kandungannya berbunyi begini  " Aku suka tengok muka kau sebab muka kau macam BERUK " . Aku terguris . Aku pun mencampakkan kertas tersebut ke arahnya. Aku tahulah aku tak cantik , tapi jangan hina aku macam tu...

   Sebulan kemudian, aku terima surat dari dia lagi. Kali ini kandungannya adalah lagu Aliff Aziz- Sayang sayang sayang. Aku rasa sangat menyampah dan geli..Aku pun mengoyakkan kertas tersebut lalu membuangnya di dalam bakul sampah di hadapannya. Dari riak wajahnya, dia kelihatan tersentap . Beberapa tahun kemudian...

   Aku dan dia sekelas lagi..Dia duduk di row sebelah, betul2 bersebelahan aku.Dia asyik memandang ke arahku. Lalu dia berkata " Aku suka tengok muka kau sebab muka kau cantik ". Aku berasa meluat dengan perangainya. Lalu aku pun menjawab "  Aku suka tengok muka kau sebab muka kau macam BERUK " . Tiba2 dia merajuk sehingga beberapa hari. Satu hari aku bertanya "Kenapa kau tak nak cakap dengan aku ? " Dia menjawab " Sebab kau kata rupa aku macam beruk ". Selepas itu aku pun berkata " Macam tu lah yang aku rasa masa kau kata rupa aku macam beruk " . Kami pun sama2 bermaaf-maafan..Tapi kali ini kami sekelas tak lama,dia tukar ke sesi pagi. Satu hari kami ada berjumpa secara kebetulan kerana sama2 membuat persembahan duet. Selepas persembahan, dia berkata sesuatu dengan perlahan.Nak tau apa dia kata? " Kaulah BERUK PALING CANTIK DI DUNIA " . Aku tak tau nak cakap apa, speechless,breathless kerana geram. Perkataan BERUK tu kena ada ke?

   MACAM NI PUNYA ORANG PUN ADA KE ???

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. moral of this story :

    *Jangan menghina kejadian Allah.Takut Allah balikkan hati..Aku bukan nk berdendam,tapi sekadar pengajaran buat semua.Yang buruk jangan dihina,yang cantik jangan dipuja kerana segala pujian itu adalah bagi Allah.

    ReplyDelete
  3. Teringat masa aku kecik, ada budak suka ejek muka aku macam monyet. Aku bengang sgt. Tapi skrg dia yg respect aku lebih2..begtulah kehidupan. Yg baik jadikanlah tauladan, yg buruk jadikanlah sempadan

    ReplyDelete
  4. weyh,bilew ko nak citer next episode psl jangan-biarkan-diri-anda-diselubungi misteri ? aku nak tau sape ?

    ReplyDelete
  5. lawakk gilakk ! mezty adam en ?!! xPP

    ReplyDelete
  6. bukan adam la.adam kan baik,takkan nk cakap mcm tu kot..SOMEONE ELSE..Bukan kelas kita.kan aku kata dh pergi sesi pagi

    ReplyDelete
  7. hehe..aku suka cite ni. Pengajaran yg baik. Tula..jgn mengata org..apa lagi kejadian Allah..

    ReplyDelete
  8. BERUK lebih baik ati dari kwn ko tuh

    ReplyDelete